KURSUS USAHAWAN DONUT
Kenapa perlu memilih module ini?
Tujuan mengadakan kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan donut dan melalui kursus ini peserta dapat memahami teknik yang mudah untuk menghasilkan donut yang berkualiti. Module ini melingkupi semua jenis donut yang popular di Malaysia.
Mengapa perlu memiliki ilmu membuat Donut Traditional dan Donut Premium?
Setiap individu mempunyai minatnya yang tersendiri ada yang minat pada Donut Tradisional dan ada yang minat Donut Premium.Sebagai seorang usahawan kita perlu memiliki pengetahuan dalam menghasilkan semua jenis donut dan kita boleh mengaplikasikannya mengikut waktu yang sesuai.
1- Donut Tradisional Malaysia
2- Donut Premium (sweet & savoury)
3- Donut Double Chocolate
4- Aneka filling termasuk cara membuat krim bavarian dan butterscoth
5- Aneka topping termasuk cara menyira 'sugar glazed'
6- Cara mengira harga modal dan menetapkan harga jualan
7- Strategi jualan dan pasaran
# bonus - tips utk menambah nilai baikan pada website, blog dan facebook
Kelas bermula jam 9.00 pagi, habis mengikut kecekapan pelajar.
Kelas 100% hands on, pelajar akan membuat segalanya dari penimbangan barang, membentukkan doh, menggoreng, serta menyiapkan topping serta filling.
Etika pakaian :
1- Tshirt dan seluar jika selesa (sila elak kan memakai fabrik yang mudah terbakar)
2- Kasut sukan amat digalakan
(Pihak plentongbc tidak akan bertanggungjawap jika ada kecederaan pada kaki akibat pemakaian kasut tumit tinggi mahupun selipar yg mendedahkan jari jemari.. safety first)
3- Segala barang kemas ditangan dan dijari hendaklah ditanggalkan sebelum kelas bermula atas faktor kebersihan
4- Tudung hendaklah tidak mempunyai manik2 mahupun batu2 kristal serta pemakaian brooch berjurai tidak digalakkan.
#etika pakaian di atas adalah seperti yang dinyatakan di dalam kursus pengendalian makanan. Jadi kita bersama2 mempraktikannya.
Tempat :
Plentong Bakery & Catering
G-30 & 01-30, Blok B,
Permas Mall, No 3,
Jalan Permas Utara,
81750 Johor.
Email :
plentongbc@gmail.com
Facebook Page : Plentong Bakery & Catering
Yuran : RM 350
Yuran Kelas Personal : RM500 (harga promo biasa RM800)
Sebarang pertanyaan boleh diajukan
012-5881550 (Pn. Hawa)